Pemimpin Kumpulan Pengakap

Spread the love

Bagi kumpulan- kumpulan yang mempunyai lebih kepada dua cawangan perlu melantik seorang pemimpin kumpulan. Pemimpin kumpulan ini bertugas mengawasi cawangan- cawangan di bawah jagaannya. Bagi sekolah yang mempunyai cawangan Pengakap Muda dan Pengakap Remaja perlu melantik seorang pemimpin. Pemimpin kumpulan ini harus tahu sedikit sebanyak kegiatan- kegiatan yang dijalankan oleh tiap- tiap cawangan. Pemimpin kumpulan merupakan tempat rujukan kepada pemimpin Pengakap Muda dan pemimpin Pengakap Remaja.

Pemimpin Pengakap Kanak- kanak

Pemimpin Pengakap Kanak- kanak biasanya sudah mahir setelah menerima latihan dalam bahagian atau cawangan Pengakap Kanak- kanak. Mereka ini tahu selok belok bagaimana menjalankan kegiatan dan rancangan bagi Pengakap Kanak- kanak. Mereka dibantu oleh penolong- penolong pemimpin Pengakap Kanak- kanak dalam semua aktiviti.

Pemimpin Pengakap Muda

Pemimpin Pengakap Muda biasanya ahli yag sudah mahir setelah menerima latihan dalam cawangan Pengakap Muda. Pemimpin Pengakap Muda akan dibantu oleh penolong- penolong pemimpin Pengakap Muda dalam cawangannya. Pemimpin Pengakap Muda tahu bagaimana menjalankan kegiatan- kegiatan dan rancangan bagi Pengakap Muda.

Pemimpin Pengakap Remaja

Pemimpin Pengakap Remaja akan menjalankan tugas dengan bantuan penolong- penolong pemimpin Pengakap Remaja. Seorang pemimpin Pengakap Remaja akan mengawasi dan mengatur kegiatan- kegiatan cawangan Pengakap Remaja.

Perhatian : Walaupun begitu terdapat juga pemimpin- pemimpin yang mendapatkan latiha- latihan dalam dua cawangan atau lebih sama ada Pengakap Kanak- kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja ataupun Pengakap Kelana.

Post navigation