Jawatan Dalam Kumpulan Pengakap

Spread the love
  1. Ketua Kumpulan. Ketua kumpulan adalah seorang yang terkanan, mahir dan mempunyai serba serba kebolehan di antara ketua- ketua patrol Pengakap atau Pengakap Remaja. Ketua kumpulan bertugas menolong pemimpin pengakap menjalankan kegiatan- kegiatan. Ketua kumpulan adalah ketua kepada semua ahli pengakap dan Pengakap Remaja. Dia juga bertanggungjawab sebagai pengganti semasa ketiadaan pemimpin. Ketua kumpulan akan dibantu oleh penolong ketua kumpulan dan ahli- ahli Majlis Mesyuarat Ketua- ketua Patrol dalam menjalankan tugasnya.
  2. Setiausaha. Dilantik daripada kalangan ketua-ketua patrol, dan bertugas menulis minit mesyuarat ketua- ketua patrol dan hal- hal berhubung dengan kumpulan atau kegiatan luar yang bersabit dengan pengakap. Setiausaha juga membantu pemimpin- pemimpin dalam urusannya, dan mengawasi buku- buku laporan kegiatan kumpulan bagi tiap- tiap kali perjumpaan.
  1. Bendahari dilantik daripada kalangan ketua- ketua patrol, bertugas memungut yuran dan bayaran- bayaran daripada semua ahli. Wang tersebut hendaklah diserahkan kepada pemimpin atau membuka akaun sendiri bagi pihak kumpulan.  
  1. Kuarter master. Kuarter master ( peralatan ) kumpulan bertugas untuk menjaga dan mencatat barang- barang atau peralatan kumpulan. (misalnya khemah, periuk, tali- temali, dan sebagainya). Kuarter master akan menyimpan sebuah buku untuk mencatat peralatan yang ada dalam simpanan kumpulan. Pada awal dan akhir tahun kuarter master mesti menyemak sama ada peralatan kumpulan dalam keadaan sempurna, baik dan cukup bilangannya.  
  1. Kuarter master makanan. Jawatan ini sangat mustahak, terutamanya semasa perkhemahan sama ada di perkhemahan kumpulan atau perkhemahan yang besar (jambori). Beliau bertugas mengenai bekalan makanan dan minuman bagi keseluruhan kumpulannya. Kuarter master (makanan) bertugas membeli dan menguruskan pembahagian makanan kpeada kuarter master patrol dan merupakan ketua kuarter master patrol- patrol.  

JAWATAN DALAM PATROL

  1. Ketua patrol (PL). Dilantik bagi mengetuai satu- satu patrol. Seorang ketua patrol mempunyai sifat- sifat seperti lebih tua dari segi umur, berpengalaman, berbakat, berkemahiran dan bijaksana daripada ahli- ahli yang lain. Dia akan membimbing ahli- ahli patrolnya di dalam aktiviti patrol. Pemimpin boleh melantik ketua patrol di atas persetujuan ahli- ahli dalam patrolnya.
  1. Penolong ketua patrol (APL). Jawatan ini dilantik daripada seorang ahli yang mempunyai kebolehan lebih kurang sama dengan ketua patrol. Dia akan membantu ketua patrol dalam menjalankan tugas dan mengganti tempat ketua patrol semasa ketiadaannya.
  1. Tukang masak (kuarter master patrol). Jawatan ini adalah sebagai tugas masak bagi patrol sangat penting semasa perkhemahan, di mana dia bertugas mengambil segala bekalan makanan dan peralatan daripada kuarter master kumpulan bagi kegunaan patrolnya. Walaupun begitu tugas memasak boleh diberikan kepada ahli- ahli lain mengikut giliran bertugas. Ini adalah di atas kebijaksanaan ketua patrol. Semasa perjumpaan, biasanya kuarter master patrol bertugas membawa peralatan yang diperlukan oleh patrolnya.  
  1. Ahli- ahli biasa. Terdiri daripada ahli- ahli baru dan mendapat bimbingan daripada ketua patrolnya. Ahli- ahli ini sentiasa tolong- menolong dan bantu-membantu di antara satu sama lain.

Perhatian : Semasa berjalan atau berada dalam barisan, ketua patrol berada di hadapan sekai, diikuti oleh kuarter master patrol, ahli- ahli biasa dan di belakang sekai ialah penolong ketua patrol.

Post navigation