Spread the love

Selamat datang ke website Ab Alim Abdul Rahim

Siapa saya?

Nama diberi Ab. Alim Abdul Rahim. Dilahirkan pada tanggal 17 Dis 1956 di  Kampung Padang Salim, Pauh Lima dalam daerah Kota Bharu di Kelantan merupakan bekas guru dan juga Pensyarah Maktab Perguruan Kota Bharu. Berkhidmat sebagai pendidik lebih kurang selama 40 tahun. Pemegang manikayu 4 beat ataupun Jurulatih Antarabangsa. 

     Saya banyak menulis buku-buku pengakap untuk panduan semua unit pengakap di Malaysia. Dikurniakan dengan 4 orang anak yang mana semua anak-anaknya terlibat secara langsung dalam bidang Kepengakapan ini. Dua orang anak saya  merupakan penerima Anugerah Pengakap Raja Negeri Kelantan iaitu Muhammad Aisamuddin pada tahun 2002 dan Muhammad Aminuddin pada tahun 2010.

        Saya juga merupakan bekas Pesuruhjaya Pengakap Daerah Bachok, Kelantan. Semasa saya memegang jawatan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Bachok banyak aktiviti yang saya jalankan sehingga pernah mencapai 40 aktiviti Pengakap dalam setahun. Saya pernah menyertai Jambori Muslim di Mekah pada 2004, Menyertai perkhemahan di Thailand dan juga Indonesia. Saya juga pernah mendapat penganugerahan oleh pihak Pengakap Thailand di atas sumbangan dalam hubungan Kepengakapan Serantau antara Malaysia dan Thailand.

 

Hasil Penulisan Buku

Cerita Dulu-Dulu