Ilmu Pengakap : Persetiaan Pengakap

SETIAP pertubuhan mempunyai persetiaan dan janji- janji tertentu. Pergerakan pengakap juga mempunyai persetiaan tersendiri. Seorang pengakap akan berusaha dnegan keazaman yang tinggi untuk menunaikan janji- janji dalam persetiaan pengakap yang dilafazkan. Setiap pengakap mesti faham dengan sejelas- jelasnya janji yang dilafazkan itu. Mereka dikehendaki berusaha untuk mencapai matlamat yang terkandung di dalam persetiaan pengakap. Lantaran itu akan lahirlah ahli pengakap dan seterusnya warganegara yang berguna kepada, Negara dan bangsa.         Seorang yang membuat persetiaan adalah…

Jawatan Dalam Kumpulan Pengakap

Ketua Kumpulan. Ketua kumpulan adalah seorang yang terkanan, mahir dan mempunyai serba serba kebolehan di antara ketua- ketua patrol Pengakap atau Pengakap Remaja. Ketua kumpulan bertugas menolong pemimpin pengakap menjalankan kegiatan- kegiatan. Ketua kumpulan adalah ketua kepada semua ahli pengakap dan Pengakap Remaja. Dia juga bertanggungjawab sebagai pengganti semasa ketiadaan pemimpin. Ketua kumpulan akan dibantu oleh penolong ketua kumpulan dan ahli- ahli Majlis Mesyuarat Ketua- ketua Patrol dalam menjalankan tugasnya. Setiausaha. Dilantik daripada kalangan ketua-ketua…

Pemimpin Kumpulan Pengakap

Bagi kumpulan- kumpulan yang mempunyai lebih kepada dua cawangan perlu melantik seorang pemimpin kumpulan. Pemimpin kumpulan ini bertugas mengawasi cawangan- cawangan di bawah jagaannya. Bagi sekolah yang mempunyai cawangan Pengakap Muda dan Pengakap Remaja perlu melantik seorang pemimpin. Pemimpin kumpulan ini harus tahu sedikit sebanyak kegiatan- kegiatan yang dijalankan oleh tiap- tiap cawangan. Pemimpin kumpulan merupakan tempat rujukan kepada pemimpin Pengakap Muda dan pemimpin Pengakap Remaja. Pemimpin Pengakap Kanak- kanak Pemimpin Pengakap Kanak- kanak biasanya…

Posts navigation