Salam Pengakap

Spread the love

SALAM persahabatan bagi pengakap di Malaysia ialah menggunakan tangan kanan, ini adalah bersesuaian dengan agama Islam yang menjadi agama rasmi Negara ini. Namun demikian salam persahabatan bagi pengakap seluruh dunia menggunakan tangan kiri.

        Mengikut ceritanya pada suatu masa dulu, Lord Baden Powell telah membuat satu perjumpaan dengan ketua kaum Zulu. Pada pertemuan tersebut ketua kaum Zulu sedang memegang senjata pada tangan kanan. Mengikut adat kaum Zulu, senjata tidak boleh diletak di tempat yang sewenang- wenangnya.

        Lord Baden Powell merupakan seorang pengakap yang sentiasa sensitive kepada keadaan. Dalam perjumpaan tersebut, beliau terus menghulur tangan kiri untuk bersalam dengan ketua kaum Zulu. Kaum Zulu menerima salam Lord Baden Powell dengan perasaan gembira. Implikasi daripada perjumpaan itu bolehlah dikatakan bahawa Lord Baden Powell telah dapat menyelamatkan maruah ketua kaum Zulu di hadapan anak buahnya. Selain daripada itu sebagai pengakap kita hendaklah sentiasa sensitive atau selalu sedia pada setiap masa untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Sejak peristiwa itu, Lord Baden Powell telah menggunakan tangan kiri sebagai salam persahabatan bagi pengakap seluruh dunia hingga sekarang. 

Post navigation