Lencana Jayadiri Pengakap Remaja : Lambang Negeri Melaka

Lambang negeri Melaka terdiri daripada dua ekor pelanduk memegang perisai dan bulan bintang. Dua ekor pelanduk yang memegang perisai itu ialah untuk memperingati riwayat tua Melaka, iaitu pelanduklah yang menyebabkan raja Melaka yang pertama mengambil keputusan untuk membuka negeri itu dan menetap di sini.

        Warna merah, putih, kuning dan biru itu maknanya Melaka adalah sebuah negeri dalam Malaysia. Lima bilah keris itu maknanya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka pada zaman dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima melambangkan agama Islam, agama negeri itu. Pokok Melaka ialah pokok dari mana negeri itu mendapat namanya. Cogan kata negeri ini ialah ‘Bersatu Teguh’.

Post navigation