Bendera Sarawak terdiri daripada tiga warna yang dipecahkan kepada tiga bahagian. Jalur hitam melambangkan perpaduan rakyat, jalur merah di sebelah bawah melambangkan keberanian dan keazaman rakyat negeri ini, dan warna kuning pula melambangkan kejujuran dan kesucian. Bintang pecah sembilan melambangkan…
Author: AdminPengakap
Lencana Jayadiri Pengakap Remaja : Bendera Pulau Pinang
Bendera Pulau pinang terbahagi kepada tiga pecahan menegak terdiri daripada warna biru, putih dan kuning. Warna biru bermaksud laut yang mengelilingi pulau ini, warna putih bermaksud negeri yang aman damai dan warna kuning melambangkan kemakmuran. Pohon pinang di tengah-tengahnya ialah…
Lencana Jayadiri Pengakap Remaja : Bendera Perlis
Benderanya terdiri daripada dua jalur yang berwarna kuning di bahagian atas dan warna biru di bawahnya. Kuning melambangkan DYMM raja dan biru pula melambangkan rakyat negeri ini. Cantuman dua jalur ini melambangkan kerjasama erat antara raja dengan rakyat.
Lencana Jayadiri Pengakap Remaja : Bendera Perak
Bendera negeri Perak terdiri daripada tiga jalur yang sama lebar iaitu putih, kuning dan hitam. Jalur putih melambangkan DYMM Sultan, jalur kuning pula maksudnya Raja Muda dan jalur hitam ialah Raja Dihilir. Kedudukan tiga warna atau jalur ini menunjukkan tiga…
Lencana Jayadiri Pengakap Remaja : Bendera Pahang
Bendera negeri ini terdiri daripada dua warna iaitu putih dan hitam yang sama lebar. Warna putih disebelah atas melambangkan raja pemerintah, manakala warna hitam bahagian bawahnya adalah warna kebesaran bendahara iaitu pemerintah Pahang dahulu bergelar bendahara.