Bendera Pulau pinang terbahagi kepada tiga pecahan menegak terdiri daripada warna biru, putih dan kuning. Warna biru bermaksud laut yang mengelilingi pulau ini, warna putih bermaksud negeri yang aman damai dan warna kuning melambangkan kemakmuran. Pohon pinang di tengah-tengahnya ialah pohon sempena nama Pulau Pinang diambil.