Ilmu Hutan – Banir Pokok

Spread the love

Yang selalu masuk hutan, mesti selalu nampak benda ni kan?

Untuk makluman anda, benda ini dipanggil banir.

Banir ini mempunyai sangat banyak kegunaan terutamanya bagi mereka yang tersesat dan memerlukan pertolongan.

Bagaimana caranya untuk menghantar Isyarat kecemasan/meminta bantuan menggunakan banir ini?🤔

Ikut langkah-langkah dibawah: 👇

1️⃣ Pegang parang/batang kayu sederhana besar di tangan

2️⃣Ketuk bahagian atas banir menggunakan belakang parang/batang kayu sederhana besar dengan kuat

3️⃣Ulangi ketukan sebanyak 2 kali untuk memberikan isyarat kepada pasukan penyelamat ataupun pendaki yang lain

4️⃣Pastikan anda menjarakkan 2-3 saat diantara setiap ketukan untuk memberikan masa dan isyarat yang betul kepada orang lain yang mendengar

✔️Tahukah anda bahawa bunyi yang terhasil daripada ketukan banir ini boleh didengari sejauh beberapa kilometer bergantung pada lokasi anda ketika itu

Kredit: Roslan

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *