Lencana Jayadiri Pengakap Remaja : Lambang Malaysia (Jata Negara)

Spread the love

LAMBANG Malaysia terdiri daripada sebutir bintang pecah 14, yang melambangkan 14 buah negeri ( termasuk Wilayah Persekutuan ) di dalam Malaysia dan bulan sabit, tanda agama Islam, agama rasmi Negara, lima bilah keris melambangkan Negeri- negeri Melayu Tidak Bersekutu, yang mempunyai Sultan (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu). Di bawah kumpulan keris itu terdapat empat warna, iaitu merah, hitam, putih dan kuning. Ini melambangkan Negeri- negeri Melayu Bersekutu ( Selangor, Perak, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan).

     Di sebelah kanan perisai terdapat sebatang pokok Melaka yang melambangkan negeri Melaka dan di sebelah kirinya terdapat pokok pinang dan jambatan melambangkan Pulau Pinang. Tiga bahagian di sebelah bawah itu melambangkan dari kiri, negeri Sabah, Kerajaan Persekutuan dan negeri Sarawak. Harimau- harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang lambang Negeri- negeri Melayu Bersekutu dahulu itu dipakai dalam lambang Malaysia.

     Cogan kata ‘Bersekutu Bertambah Mutu’ ditulis dengan tulisan Rumi dan Jawi. Warna kuning pada awan- awan itu ialah warna diraja bagi Duli- duli Yang Maha Mulia Raja- raja.

Post navigation