Lencana Jayadiri Pengakap Remaja : Lambang Negeri Kelantan

Spread the love

Mahkota itu tandanya kedaulatan sultan. Dua tombak dan dua keris bermaksud kekuatan orang- orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah lambang agama Islam. Dua pucuk meriam, bermakna bahawa negeri itu adalah sentiaa sedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che Wan Kembang (Che Siti), Permaisuri Kelantan (kira- kira pada akhir abad yang ke-14) yang terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan warna emas dicap dengan gambar binatang itu. Cogan katanya ialah ‘Berserah kepada Tuhan Kerajaan Kelantan’.

Post navigation