
Majlis Amanah Rakyat atau MARA merupakan salah sebuah daripada badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Badan ini diberi mandapat dan kuasa untuk mengendalikan dan menjalankan berbagai-bagai kegiatan. Majlis ini terdiri daripada wakil-wakil kerajaan dan mereka yang dilantik oleh sebab hubungannya yang rapat dengan rakyat bumiputra.
MARA ditubuhkan untuk menyediakan peluang-peluang bagi kaum bumiputra untuk meninggikan lagi taraf hidup mereka. Peranan yang utama dan terpenting sekali ialah untuk mengalakkan dan membantu penyertaan kaum bumiputra dalam bidang perdagangan dan perusahaan. Sehubungan itu bagi mencapai tujuan tersebut maka MARA menjalankan tugas seperti yang berikut:-
1.Sistem pendidikan dan latihan akademik, professional atau latihan-latihan lain kepada kaum bumiputra. MARA telah menubuhkan beberapa buah sekolah, maktab dan Universiti Teknologi Mara.
2.Menyediakan pinjaman kewangan untuk projek keusahawanan kepada kaum bumiputra
3.Memberikan perkhidmatan sebagai penasihat pengurusan dan teknik kepada peniaga bumiputra
4.Melaksanakan projek perdagangan, perusahaan dan pengangkutan yang dimiliki sepenuhnya oleh MARA ataupun yang memiliki bersama dengan tujuan menyerahkan projek-perojek yang ystem kepada kaum bumiputra.