Ilmu Pengakap : Hormat Pengakap

Spread the love

Semasa memberi hormat pengakap hendaklah berada dalam kedudukan sedia. Hormat pengakap diberikan kepada pegawai- pegawai pengakap sama ada di peringkat daerah, negeri atau Negara, ketua patrol dan sesame pengakap. Hormat juga diberikan kepada DYMM raja- raja dan sultan, pembesar- pembesar Negara dan negeri serta tetamu kehormat. Hormat pengakap hendaklah diberikan pada keadaaan berikut :

  1. Semasa berjumpa dengan pegawai- pegawai pengakap Negara dan negeri, pembesar- pembesar Negara dan negeri, sultan- sultan dan raja-raja, pemimpin di daerah dan kumpulan serta ketua patrol.
  1. Semasa menerima hadiah dan kurniaan.
  1. Semasa mengibarkan bendera.

Tongkat Pengakap dipegang dengan tangan kanan dirapatkan ke badan dalam kedudukan sedia. Kemudian tangan kiri diangkat dan siku di bengkok dan dirapatkan ke dada dengan membuka tiga jari. Hujung jari hendaklah kena kepada tongkat.

Post navigation