SETIAP pertubuhan mempunyai persetiaan dan janji- janji tertentu. Pergerakan pengakap juga mempunyai persetiaan tersendiri. Seorang pengakap akan berusaha dnegan keazaman yang tinggi untuk menunaikan janji- janji dalam persetiaan pengakap yang dilafazkan. Setiap pengakap mesti faham dengan sejelas- jelasnya janji yang dilafazkan itu. Mereka dikehendaki berusaha untuk mencapai matlamat yang terkandung di dalam persetiaan pengakap. Lantaran itu akan lahirlah ahli pengakap dan seterusnya warganegara yang berguna kepada, Negara dan bangsa.
Seorang yang membuat persetiaan adalah atas nama kehormatan dirinya dan kehormatan ini harus dipertahankan walaupun ke akhir hayat. Semasa membuat persetiaan, pengakap hendaklah berdiri tegak dalam keadaan sedia, kemudian angkat tangan. Lafaz Persetiaan Pengakap berbunyi :
BAHAWA DENGAN SESUNGGUHNYA
SAYA BERJANJI DAN BERSETIA
YANG SAYA DENGAN SEBERAPA DAYA UPAYA SAYA
AKAN :
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang- undang Pengakap.