Ilmu Pengakap : Undang- Undang Pengakap

Spread the love

UNDANG- undang pengakap mengandungi peraturan- peraturan yang diamalkan oleh setiap ahli pengakap di seluruh dunia. Segala peraturan ini mestilah diikuti dan dipatuhi oleh setiap orang yag telah membuat peretiaan pengakap atau memasuki pergerakan pengakap. Jika semua orang yang hidup di dunia ini memasuki pergerakan pengakap serta menurut undang- undang nescaya tidak akan berlaku peperangan, pergaduhan, kecurian, perasaan dengki, menipu dan perbuatan- perbuatan jahat lainnya.

        Setiap ahli pengakap harus mendalami undang- undang pengakap mengikut umur masing- masing. Pemimpin hendaklah memberi huraian dan contoh- contoh apabila menerangkan tiap- tiap satu undang- undang pengakap mengikut peringkat umur pengakap. Undang- undang pengakap Malaysia adalah terdiri daripada 10 perkara seperti berikut :-

  1. Seorang pengakap hendaklah sentiasa bermaruah, boleh dipercayai dan mempunyai kehormatan diri. Setiap ahli pengakap hendaklah sentiasa bercakap benar, tidak menipu, membuat sesuatu kerja mengikut apa yang diarah atau diamanahkan kepadanya, tahu menjaga maruah dirinya, agamanya, keluarganya dan kebudayaannya. Kita dapat menilai setakat mana maruah seseorang itu dari tingkah laku dan perangainya. Lantaran itu seseorang pengakap harus menjaga segala tingkah lakunya supaya tidak terkeluar daripada landasannya, dengan itu dapat membentuk peribadi yang baik dan mulia.
  1. Pengakap hendaklah taat kepda DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, raja- raja, pemimpin, ibu bapa, majikan dan orang- orang yang di bawahnya. Taat kepada DYMM Yang di- Pertuan Agong, raja- raja dan semua orang bermakna secara tidak langsung kita mengucapkan terima kasih kepada mereka. Setiap ahli pengakap harus tahu dan faham akan peranan- peranan orang utama dan Yang di-Pertuan Agong sehinggalah kepada rakyat jelata. Jika sebagai ketua, kita hendaklah faham dan tahu kehendak- kehendak orang- orang yang dibawah jagaan kita, jangan selalu mementingkan diri sendiri. Seorang pengakap juga mesti taat kepada arahan- arahan ketua masing- masing. Lantaran itu, segala pekerjaan dapat diselesaikan dengan cepat dan senang. Kita juga patut taat kepada kedua ibubapa dengan sepenuhnya, segala segala suruhan dan kemahuannay hendaklah dipatuhi dengan baik.
  1. Pengakap adalah berguna dan sanggup menolong orang setiap masa. Setiap orang pengakap wajib dan semestinya berusaha untuk membuat dirinya berguna terutama kepada diri, agama, ibu bapa, bangsa, dan negaranya. Janganlah kita sentiasa membebankan kedua- dua ibu bapa dengan kerja- kerja yang kita boleh lakukan sendiri. Kita hendaklah menolong ibu bapa membuat kerja seharian di rumah, miasalnya menyapu halaman rumah, menyiram pokok bunga, membersih longkang dan sebagainya. Selain daripada itu kita hendaklah sentiasa menolong orang yang memerlukan bantuan seperti orang- orang miskin, orang- orang tua, mereka yang di dalam kecemasan, misalnya di masa banjir, kebakaran, kemalangan dan sebagainya. Baantuan dan pertolongan daripada semua adalah sangat diperlukan
  2. Pengakap bersahabat dan bersaudara dengan semua pengakap di seluruh dunia tanpa mengira keturunan bangsa, agama dan kebudayaan, Negara, warnakulit dan pangkat. Apabila seorang pengakap berjumpa dengan pengakap dari Negara lain, mereka akan menjadi sahabat. Kita tidak akan merasa keseorangan jika melawat ke Negara- Negara lain di seluruh dunia. Seorang pengakap tidak harus sombong, walaupun berpangkat atau daripada keturunan bangsawan sekalipun. Kita boleh lihat sendiri dalam jambori dunia atau jambori lain, semua pengakap dari seluruh dunia sama- sama merasai apa yang dirasai oleh seorang pengakap lain sama ada semasa bekerja, bermain, berpesta dan makan bersama.
  1. Pengakap adalah seorang yang sempurna pekerti dan sentiasa berbudi. Pengakap hendaklah hormat kepada semua orang terutama kepada orang- orang tua, kanak- kanak dan orang perempuan, kerana mereka ini adalah termasuk dalam golongan orang yang lemah. Pengakap hendaklah sentiasa berbudi pekerti yang baik kepada orang sakit, daif dan orang- orang yang lebih tua daripadanya, dan seboleh- bolehnya jangan menerima hadiah atau ganjaran daripada orang yang miskin dan ucapkan terima kasih jika diberi hadiah. Berbudi pekerti yang baik adalah bagi membentuk peribadi yag terpuji. Banyak orang yang berbudi pekerti yang baik mendapat sanjungan dalam masyarakat atau Negara amnya.
  1. Pengakap adalah baik dan kasihkan binatang. Pengakap harus baik dan kasihkan segala binatang. Ini adalah untuk menggalakkan sifat – sifat bertimbang rasa dan perikemanusiaan yang sejati walau kepada binatang sekalipun. Seorang pengakap tidak akan melastik burung atau memusnahkan sarang dan anak- anak burung. Jika mempunyai binatang peliharaan hendaklah dipelihara dengan sempurna., berilah makan secukupnya serta jangan membunuh binatang tanpa sebab, kecuali binatang yang mendatangkan bahaya kepada kita misalnya, ular tedung dan lain- lain.
  1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapa, ketua patrol dan pemimpin tanpa soal. Setiap kali pengakap mesti menurut kata, terutamanya kedua ibu bapa, ketua patrol dan pemimpin tanpa soal jawab dan bantahan. Perintah merupakan kewajipan kepada setiap pengakap selagi tidak bertentangan dengan agama dan perikemanusiaan. Akibat bagi orag- orang yang tidak mendengar kata kedua ibu bapa akan berdosa dan mendapat pembalasan. Kedua- dua ibu bapa merupakan ‘pemimpin’ dalam penghidupan kita. Seorang pengakap juga perlu menurut perintah guru- guru sekolah dan pemimpin- pemimpin agama masing- masing.
  1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa tersenyum, tabah hati dan manis mukanya walaupun di masa kesusahan. Pengakap mesti selalu kelihatan gembira kerana dengan ini kita akan hidup dalam kegembiraan sepanjang masa walaupun terpaksa menempuh kesusahan. Segala kesusahan dan kerumitan dapat diselesaikan dengan tenteram sempurna sebagainya. Orang- orang yang sentiasa tersenyum juga akan kelihatan berseri dan lambat tua. Apabila menerima sesuatu perintah atau kerja hendaklah kita menurut dengan pantas dan riag, tanpa bersungut. Latihan ini merupakan amat sukar untuk diamalkan. Namun demikian sikap ini dapat dilatih melalui berbagai- bagai kegiatan dalam pertandingan dan perkhemahan dalam pergerakan pengakap.
  1. Pengakap itu seorang yang berjimat dan cermat. Pengakap adalah orang yang bijak menggunakan wang, membeli barang- barang yang mustahak dan menjimatkan belanja untuk kegunaan di masa hadapan dan di masa kesusahan. Melatih diri untuk berdikari, tidak hanya mengharapkan bantuan daripada ibu bapa dan mana- mana pihak. Wang disimpan di pejabat pos atau mana- mana bank walaupun setiap bulan kita cuma dapat menyimpan sebanyak dua atau tiga ringgit. Pengakap juga bukan sahaja berjimat dengan wang tetapi berjimat dengan makanan dan masa supaya tidak membazir.
  1. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. Seorang pengakap esti suci batiniah dan lahiriah walau di mana tempat dan masa berada. Pengakap hendaklah menjaga kebersihan pakaian dan tubuh badannya serta rumahnya sepanjang masa. Seorang pengakap tidak boleh sama sekali berfikri untuk melakukan perkara- perkara yang buruk dan mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.    Setiap pengakap hendaklah menjaga perkataan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain, serta menjatuhkan maruahnya. Segala perbuatan seorang pengakap menjadi contoh teladan kepada orang ramai. Walau di mana tempat berada kita hendaklah menunjukkan kelakuan da pekerti yang baik dan menarik.

Post navigation