Berikut adalah beberapa keistimewaan pada sistem patrol.
- Melatih ketua patrol atau ketua sekawan dan ahli- ahli supaya yakin pada diri sendiri, seperti bercakap di hadapan majlis da meningkatkan kemahiran komunikasi melalui penyerahan peranan dalam setiap aktiviti.
- Melatih, mendidik dan memupuk semangat kepimpinan supaya menjadi pemimpin masyarakat di masa hadapan atau pemimpin kepada keluarganya.
- Melatih ketua patrol atau ketua sekawan menjalankan tugas-tugas, tanggungjawab dan kuasa yang diberikan kepadanya denga jujur dan bertangggungjawab.
- Segala arahan, pelajaran dan penerangan dapat disampaika denga lebih berkesan, cepat, mudah dan jelas kepada kumpulan yang lebih kecil seperti patrol atau sekawan.
- Pengakap bekerja, berlatih dan bermain dengan disiplin di bawah arahan ketua patrol atau ketua sekawan. Di sinilah agihan kerja dan tugas bagi seseorang ahli dapat diberi dan dilaksanakan.
- Pengaka, secara tidak langsung telah didedahkan kepada struktur dalam sesuatu kumpulan di mana setiap ahli dalam struktur ini mempunyai tugas dan peranan tertentu, keadaan ini sama dengan struktur dalam masyarakat seharian.
- Setiap ahli mesti patuh kepada ketua patrol dan ketua sekawannya. Latihan seperti ini sangat penting dalam penghidupan seseorang apabila berada dalam masyarakat.
- Melatih ketua patrol menerima perintah daripada pemimpin atau ketua kumpulan. Seorang ahli pengakap bukan sahaja dilatih memberi perintah tetapi dilatih menerima perintah.
- Mempercepatkan wujudnya ‘perasaan kekitaan’ di kalangan ahli- ahli dalam kumpulan yang kecil.