Logo dan Cogan Kata Pengakap

Spread the love

Logo pengakap Malaysia hamper serupa dengan logo Persekutuan Pengakap Sedunia yang berbentuk kepala anak panah bercabang tiga. Tiga cabang ini melambangkan tiga prinsip asas di dalam Persetiaan Pengakap. Cabang ke atas melambangkan persetiaan yang pertama, iaitu taat kepada Tuhan, raja dan Negara. Cabang ke kanan melambangkan persetiaan yang kedua, iaitu menolong orang pada setiap masa, dan cabang yang ke kiri melambangkan persetiaan yang ketiga, iaitu mematuhi undang- undang pengkap.

             Ketiga- tiga cabang diikat dalam satu ikatan melambangkan perpaduan di kalangan ahli- ahli pengakap. Ikatan ini juga mengingatkan ahli pengakap untuk membuat kebajikan pada setiap masa. Manakala bintang pecah 14 yang terletak di tengah – tengah anak panah bagi melambangkan 14 buah negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

  Logo ini mempunyai tiga warna, iaitu merah, kuning dan hijau yang bermaksud: warna: warna merah melambangkan keberanian; warna kuning melambangkan kedaulatan Raja; dan warna hijau merupakan warna rasmi pengakap. Logo pengakap sentiasa digunakan pada bendera, lencana dana pakaiaan seragam pengakap.

  Cogan kata pengakap sentiasa dilafazkan, dihormati dan cogan katanya berbeza mengikut unit- unit. Cogan kata itu adalah seperti berikut :

  Pengakap Kanak – kanak – Buat Habis Baik

  Pengakap Muda – Selalu Sedia

  Pengakap Remaja – Pandangan Luas

  Pengakap Kelana – Berkhidmat Selalu

Post navigation