Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan kerajaan British. Warna hitam maknanya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Dipertuan…
Pengakap Remaja
Lencana Jayadiri Pengakap Remaja : Lambang Negeri Pahang
Lambang negeri Pahang mengandungi contoh mata tombak besar, iaitu ‘cogan’ salah satu dari alat kebesaran negeri yang utama, tanda kekuasaan seperti cokmar. Gading gajah bermakna kekuasaan raja. Dalam sejarah Melayu, gajah ada hubungan rapat dengan raja-raja Melayu dan adat istiadat…
Lencana Jayadiri Pengakap Remaja : Bendera Wilayah Persekutuan Putrajaya
Jata negara Malaysia di tengah-tengah bendera melambangkan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran yang baru di Malaysia.
Lencana Jayadiri Pengakap Remaja : Bendera Wilayah Persekutuan Labuan
Bulan bintang bermakna agama Islam sebagai agama rasmi. Bintang pecah empat belas menggambarkan negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia. Warna merah melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Warna putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan…
Lencana Jayadiri Pengakap Remaja : Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah, warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Kota Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan. 14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan…