Benderanya terdiri daripada dua jalur yang berwarna kuning di bahagian atas dan warna biru di bawahnya. Kuning melambangkan DYMM raja dan biru pula melambangkan rakyat negeri ini. Cantuman dua jalur ini melambangkan kerjasama erat antara raja dengan rakyat.
Pengakap Remaja
Lencana Jayadiri Pengakap Remaja : Bendera Perak
Bendera negeri Perak terdiri daripada tiga jalur yang sama lebar iaitu putih, kuning dan hitam. Jalur putih melambangkan DYMM Sultan, jalur kuning pula maksudnya Raja Muda dan jalur hitam ialah Raja Dihilir. Kedudukan tiga warna atau jalur ini menunjukkan tiga waris kepada pemerintahan negeri Perak mengikut susunan iaitu Sultan, Raja Muda dan Raja Dihilir.
Lencana Jayadiri Pengakap Remaja : Bendera Pahang
Bendera negeri ini terdiri daripada dua warna iaitu putih dan hitam yang sama lebar. Warna putih disebelah atas melambangkan raja pemerintah, manakala warna hitam bahagian bawahnya adalah warna kebesaran bendahara iaitu pemerintah Pahang dahulu bergelar bendahara.
Lencana Jayadiri Pengakap Remaja : Bendera Negeri Sembilan
Benderanya berbentuk segi empat bujur di bahagian atas dan di sebelah kiri berwarna merah dan hitam. Warna merah bermakna rakyat, manakala warna hitam bermaksud Datuk-datuk Undang. Warna kuning selebihnya bermaksud DYMM Yang Dipertuan Besar sebagai pemerintah negeri.
Lencana Jayadiri Pengakap Remaja : Bendera Melaka
Benderanya berlatar belakangkan warna merah dan putih dengan sebutir bintang serta bulan sabit di sebelah kiri atasnya. Warna kuning pada bulan dan bintang, biru dan putih adalah warna persekutuan yang menunjukkan Melaka sebagai sebuah negeri dalam persekutuan. Bulan dan bintang ialah lambang agama Islam, agama rasmi negeri dan Malaysia.