Lencana Jayadiri Pengakap Remaja : Fungsi Agensi Kerajaan – Majlis Amanah Rakyat ( MARA)

Majlis Amanah Rakyat atau MARA merupakan salah sebuah daripada badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Badan ini diberi mandapat dan kuasa untuk mengendalikan dan menjalankan berbagai-bagai kegiatan. Majlis ini terdiri daripada wakil-wakil kerajaan dan mereka yang dilantik oleh sebab hubungannya yang rapat dengan rakyat bumiputra. MARA ditubuhkan untuk menyediakan peluang-peluang bagi kaum bumiputra untuk meninggikan lagi taraf hidup mereka. Peranan yang utama dan terpenting sekali ialah untuk mengalakkan dan membantu penyertaan…

Lencana Jayadiri Pengakap Remaja : Fungsi Agensi Kerajaan – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Federal Agricultural Marketing Authority atau FAMA) merupakan sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. FAMA bertanggungjawab dalam pemasaran produk agromakanan seperti sayur-sayuran dan buah-buhan serta produk -produk industri asas tani Bagi memacu sektor pemasaran domestik dan antarabangsa, FAMA berperanan dalam pemasaran hasil produk agromakanan dan meningkatkan pendapatan pengeluar. FAMA juga berperanan dalam memastikan produk pertanian dan industri asas tani tersedia dan boleh diperolehi pada harga yang mampu dibayar…

Lencana Jayadiri Pengakap Remaja : Fungsi Agensi Kerajaan – PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (UDA)

Perbadanan Pembangunan Bandar atau UDA (Bahasa Inggeris: Urban Development Authority; secara rasmi UDA Holdings Berhad) merupakan syarikat pegangan milik kerajaan Malaysia yang diperbadankan pada tahun 1996. Ia ditubuhkan bagi melancarkan dan menyelia projek-projek pembangunan bandar yang berkaitan dengan sektor perniagaan, industri dan perumahan. Ia juga ditugaskan membangunkan prasarana kawasan bandar. Pengerusi UDA terkini adalah Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed bermula 16 Jun 2010. SejarahUDA telah ditubuhkan sebagai sebuah perbadanan milik kerajaan pada 12 November…

Posts navigation