
Bentuk bendera negeri Sabah ialah berjalur tiga dan satu petak yang terdapat lambang gunung di dalamnya. Warna merah berbentuk segi tiga melambangkan keberanian dan keazaman. Warna biru di bahagian atas melambangkan keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran, dan warna putih di tengah melambangkan kesucian dan keikhlasan. Lambang gunung di dalam petak ialah gunung Kinabalu iaitu gunung yang tertinggi di Asia Tenggara dan menjadi kebanggaan Sabah.