Benderanya berbentuk segi empat berwarna merah di bahagian atas kiri dan bawah kanan, dan warna kuning di bahagian atas kanan dan bawah kiri. Warna kuning dan merah maksudnya daging dan darah, iaitu keperluan jiwa dan tenaga kepada rakyat negeri ini. Bulan bintang berwarna kuning di bahagian atas ialah sebagai lambang agama Islam.