Biro Pengakap Sedunia

Spread the love

PERGERAKAN pengakap bersifat antarabangsa dan dianggotai oleh rakyat daripada seluruh dunia. Pergerakan pengakap seluruh dunia ini dikendalikan oleh Biro Pengakap Sedunia yang berpusat di Geneva. Biro pengakap ini bertugas mengendalikan segala tugas dan kegiatan pengakap seluruh dunia. Biro pengakap ini pada mulanya berpusat di London (1920, kemudian berpindah ke Otawa (Kanada) pada tahun 1958. Pada 1 Mei 1968 biro ini sekali lagi berpindah, iaitu ke Geneva sehingga sekarang.

Biro ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti bahagian operasi, bahagian pentadbiran, bahagian kewangan, bahagian perhubungan awam dan perhubungan, dan bahagian penyelidikan. Tiap-tiap bahagian dikendalikan oleh seorang pengakap.  Biro Pengakap Sedunia dianggotai oleh seramai 40 orang pegawai yang bekerja di enam buah pejabat wilayah, iaitu Wilayah Afrika (di Lagos, Nigeria), Wilayah Arab ( di Damascus, Syria ), Wilayah Eropah ( di Geneva, Switzerland), Wilayah Antara- Amerika (di San Josa, Costa Rica ) dan Wilayah Asia Pasifik ( di Manila, Filipina).

Tujuan utama Biro Pengakap Sedunia ialah memberi pertolongan kepada pertubuhan – pertubuhan pengakap bagi memperbaiki, memaju dan mengembangkan ilmu pengakap dengan cara seperti berikut :

  1. Mengadakan pelbagai kursus dan latihan
  2. Memberi nasihat dalam perkara kewangan, perhubungan dan lain-lain.
  3. Mengadakan rancangan lawatan, surat-menyurat dan seminar.
  4. Memberi bantuan untuk mengatur perhumpuanan pengakap, seperti jambori.
  5. Menyelaras perhubungan antara pergerakan pengakap sedunia dengan pertubuhan antarabangsa.

 

PERSIDANGAN PENGAKAP SEDUNIA

Persidangan Pengakap Sedunia ini ialah suatu perhimpunan agung bagi persekutuan-persekutuan pengakap kebangsaan. Hanya sebuah pertubuhan pengakap kebangsaan sahaja terdapat di sesebuah Negara yang diterima dan diakui menjadi ahli dalam persidangan ini. Tiap-tiap Negara atau pertubuhan pengakap mempunyai enam suara. Syarat-syarat menjadi ahli termasuklah patuh kepada tujuan-tujuan dan Rukun Pengakap Sedunia, iaitu seperti berikut :

  1. Taat kepada Tuhan atau Agama.
  2. Taat setia kepada Negara.
  3. Persahabatan dan persaudaraaan sedunia.
  4. Berkhidmat kepada orang lain.
  5. Mengamalkan Persetiaan dan Undang- undang Pengakap.
  6. Bebas daripada pengaruh politik.
  7. Program yang tiada taranya bagi melatih kanak-kanak dan belia supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab berasaskan kepada aturan berpasukan dan berkumpulan.

 

JAWATANKUASA PENGAKAP SEDUNIA

Jawatnkuasa Pengakap Sedunia dianggapkan sebagai ‘ Lembaga Pengarah ‘ kepada pergerakan pengakap sedunia. Jawatankuasa ini mengandungai 12 orang ahli daripada 12 buah Negara yang dipilih oleh Persidangan Pengakap Sedunia, yang bersidang dua tahun sekali. Jawatankuasa ini tidak mewakili satu-satu Negara. Seorang ahli akan berkhidmat selaman enam tahun, satu pertiga daripadanya berhenti pada tiap-tiap persidangan. Beberapa buah jawatankuasa kecil ditubuhkan bagi menyelaraskan dan menyelenggarakan perkara – perkara bersangkutan dengan pengakap.

 

PERSIDANGAN PENGAKAP WILAYAH ASIA PASIFIK

Jawatankuasa Pengakap Sedunian menubuhkan Wilayah Timur Jauh pada tahun 1958 dengan 10 buah Negara menjadi ahlinya. Negara-negara tersebut ialah China ( Taiwan), India, Indonesia, Jepun, Korea, Pakistan, Filipina, Singapura, Sri Lanka dan Negeri Thai. Dua tahun kemudian empat buah Negara lagi telah menjadi anggotanya, iaitu Austraia, Malaysia, Ne Zealand dan Vietnam.

  Jumlah Negara yang menjadi ahli sekarang ialah 23 buah, termasuklah Negara Laos, Afghanistan, Hong Kong (ahli bersekutu), Nepal, Fiji, Bangladesh, Brunei Darussalam, Iran dan Papua New Guinea. Pada tahun 1970 nama Wilayah Timur Jauh telah ditukar menjadi Wilayah Asia Pasifik. Tujuan penubuhan Wilayah Asia Pasifik ini ialah untuk membantu menyelenggara pentadbiran Biro Pengakap Sedunia di Geneva. Persidangan Pengakap Wilayah Asia Pasifik bersidang dua tahun sekali.

 

JAWATANKUASA PENGAKAP WILAYAH ASIA PASIFIK

Jawantankuasa Pengakap Wilayah Asia Pasifik mengandungi lapan orang ahli daripada lapan buah Negara yang dipilih oleh Persidangan Wilayah Asia Pasifik yang tidak mewakili sesebuah Negara. Tiap-tiap seorang ahli itu berkhidmat selama empat tahun dan separuh daripadanya berhenti pada tiap-tiap persidangan. Jawatankuasa ini bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setahun dan menjalankan tanggungjawab di antara Persidangan Pengakap Wilayah Asia Pasifik dengan Persidangan Pengakap Sedunia.

 

Post navigation