
Majlis Mesyuarat Ketua- ketua Patrol merupakan satu majlis yang keahliannya terdiri daripada ketua- ketua patrol dan penolong- penolong ketua patrol Pengakap Muda dan Pengakap Remaja atau ketua- ketua sekawan dan penolong- penolong ketua sekawan Pengakap Kanak- kanak. Tugas majlis ini ialah untuk membincangkan usul- usul yang dicadangkan oleh patrol- patrol menyusun kegiatan dan rancangan yang hendak dijalankan di sepanjang tahun, bulan dan untuk satu- satu minggu. Majlis ini menerima nasihat dan pandangan daripada pemimpin unit.
Majlis ini mengadakan mesyuaratnya dua kali dalam sepenggal persekolahan. Majlis mesyuarat hendaklah mendapat kerjasama dan nasihat daripada pemimpin unit dan jawatankuasa kumpulan dalam hal- hal seperti kewangan dan peralatan – peralatan latihan dan perkhemahan.
Jika terdapat cadangan dan rancangan yang bersangkutan dengan badan- badan luar, majlis hendaklah meminta pemimpin unit menguruskannya. Misalnya, lawatan sambil belajar, perkhemahan agung negeri dan sebagainya. Jika terdapat sesuatu perkara yang perlu dibincangkan dengan segera, setiausaha majlis boleh memanggil ahli- ahli majlis membincangkannya. Segala keputusan hendaklah diumumkan kepada semua ahli pengakap dalam kumpulan tersebut. Majlis ini boleh juga membincangkan kes- kes kesalahan kecil yag dilakukan oleh ahli- ahli dan seterusnya mengesyorkan kepada pemimpin unit untuk mengambil tindakan wajar. Majlis ini juga bolehlah dianggap sebagai badan pengawasan bagi kesalahan- kesalahan kecil dilakukan oleh ahli. Ahli- ahli majlis ini terdiri daripada pemimpin – pemimpin unit sebagai penasihat, ketua kumpulan, penolong ketua kumpula, setiausaha kumpulan, bendahari kumpulan, kuarter master (QM) kumpulan (peralatan dan makanan), ketua- ketua patrol, dan penolong- penolong ketua patrol.