Umumnya, tanggungjawab seseorang pemimpin pengakap adalah seperti berikut:
- Seorang pemimpin perlu menghadirkan diri pada semua perjumpaan, latihan dan kegiatan kumpulan.
- Memberi panduan dan nasihat kepada Ketua Majlis Patrol supaya menyediakan rancangan- rancangan latihan dan kegiatan- kegiatan yag lengkap untuk tahunan, bulanan dan mingguan.
- Menyampaikan maklumat dan perkembangan semasa mengenai kegiatan Persekutuan Pengakap Tempatan atau Negeri kepada Majlis Ketua Patrol.
- Memberi latiha dan pelajaran berpengakap kepada ketua- ketua patrol dan seterusnya kepada pengakap semua.
- Menasihati Majlis Ketua Patrol supaya mengadakan kerja luar, misalnya gotong- royong, perkhemahan, perkelahan, lawatan dan sebagainya.
- Membahagi- bahagi tugas di antara pemimpin dan penolong pemimpin dalam kumpulannya.
- Memasti dan menjalankan rancangan- rancangan dengan sempurna dan licin.
- Melaporkan semua aktiviti dan gerak kerja kumpulan kepada Persekutuan Pengakap Tempatan dan Negeri.
- Mendapatkan bantuan, pertolongan dan kerjasama daripada Majlis Jawatankuasa Kumpulan terutama apabila memerlukan kewangan dan peralatan.
- Mengawasi dan menjaga semua peralatan kumpulan supaya sempurna walaupun tugas ini dibantu oleh QM Peralatan Kumpulan.
- Memasti dan megekalkan semua penolong pemimpin dalam kumpulan menurut dasar pertubuhan peraturan dan undang- undang pengakap.
- Pemimpin kumpulan hendaklah menyediakan beberapa buah buku catatan seperti berikut :
- Buku pendaftaran ahli dan butir- butir ahli seperti rekod diri pengakap.
- Rekod kedatangan ahli dan pemimpin pada semua kegiatan sama ada perkhemahan, perkelahan, lawatan, latihan dan sebagainya.
- Buku stok peralatan kumpulan.
- Buku perlatan kumpulan (untuk catatan QM peralatan). Buku ini dicatatkan butir mengenai peminjaman barang- barang kumpulan. Di dalamnya perlu dicatatkan tarikh, barang dipinjam tandatangan peminjam, bilangan, tarikh dihantar, tandatangan dan catatan.
- Buku kegiatan kumpulan. Ketua patrol bertugas hendaklah mengisi dalam buku laporan kegiatan kumpulan ini. Butir- butir yang perlu adalah seperti nama pemimpin yang hadir, masa bermula dan berakhir, tarikh, tempat dan kegiatan- kegiatan.
- Buku rancangan yang dijalankan bagi mingguan, bulanan dan seterusnya tahunan.
- Buku kewangan kumpulan (wang masuk dan wang keluar).
- Buku minit mesyuarat Majlis Ketua Patrol.
- Album kumpulan dan patrol.